CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 17, 2011

Korban Cinta I


Bismillahirrahmanirrahim

Lama x update, Alhamdulillah masih dipinjamkan nikmat utk hidup sihat tapi bahagia x berapa nak pasti. Aik?
Haha..

Walaupon mcm x berapa sempat nak update, saya akan cuba pastikan blog ni x terkubur lah. Klu terkubur, letakkan lah batu nisan untuknya. Heh.

Oh, tadi dapat dengar forum santai, 'Korban Cinta'. Ustaz yg hadir ialah Ustaz Pahrol, penulis blog Genta Rasa dan juga editor majalah Solusi. And Ustaz Wan Sohor Bani Leman juga yg salu masuk tv tu.

Saya tulis la sikit notes yang sempat saya buat.

Cinta sangat penting sebab cinta itu duduk di hati. Hati pula adalah kerajaan diri. Baik hati, baiklah anggota yang lain. Baik hati baiklah sifat dan sikap. Jahat hati mendorong kita melakukan kepada lebih banyak kejahatan.

Seorang Arab Badwi suatu hari pergi bertemu Rasulullah. Dia bertanya, ' Ya Rasulullah, bilakah hari akhirat itu akan tiba'

Rasulullah dengan kebijaksaan Baginda tidak terus menjawab. Rasulullah sebaliknya bertanya kembali kepada Arab Badwi tadi 'Apakah persiapan yang telah engkau lakukan untuk bertemu akhirat' supaya Arab Badwi itu kembali kepada dirinya.

Jawab Arab Badwi tersebut, 'Ya Rasulullah, aku tidak mempunyai solat yang cukup, tetapi Rasulullah, aku mempunyai hati dan cinta yang kuat terhadap engkau'.

Macam tu lah kiranya kuasa cinta. (x ingat sangat, correct me if im wrong). Kita akan bersama di syurga nanti dengan orang yang kita cinta di dunia ini kerana Allah Taala.

Cinta harus kepada jalan yang betul. Kalau kita cintakan manusia, belum tentu cinta kita berbalas. Tapi cinta kepada Allah, 100% akan berbalas. Bila kita cinta pada Allah, Allah akan suruh seluruh malaikatNya menyayangi kita. Ada satu hadith, maaf x ingat narrator tapi lebih kurang begini (au qama qal), 'Satu langkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menuju kita. Kita berjalan kepada Allah, Allah berlari kepada kita'



Cinta pada akhirat pula tidak bermakna kita perlu meminggirkan dunia. Dunia itu adalah ladang akhirat. Maksudnya kalau kita faham ayat ni, kita mesti menjadi manusia yang mengoptimumkan dunia ini mencapai kebahagian akhirat. Pay now play later. Kesusahan dekat dunia ini sangat kecil berbanding kesusahan di neraka. Kerana syurga itu mahal harganya.

Ok stop sini, insyaAllah ada masa nanti akan sambung lagi.

0020




1 comments:

iman said...

Eica, akhirnya berupdate jg blog awak :)

hadith tu rasanya hadith 19, tak silap saya :)