CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 9, 2011

Untuk dia..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbkt

Untuk dia yang bersusah payah dari umurnya 16 tahun,
Untuk dia yang tabah menerima dugaan hidup
kehilangan seseorang yang dijaganya selama 24 tahun,

Untuk dia yang sentiasa ada di sisi seorang lelaki,
Dalam suka, gembira, sedih, sakit dan susah,

Untuk dia yang berpenat lelah mencipta bahagia
Walaupun kadangkala derita menjelma,

Untuk dia yang mengurus segala isi rumah,
Selama lebih 45 tahun,
Untuk dia yang tidak pernah gagal memujuk hati 10 teman hidupnya,
Walaupun gelora jiwanya siapa yang tahu,

Untuk dia yang dinasihatkan supaya tidak mengandung lagi ketika usia tuanya,
Tetapi masih berdegil untuk meneruskan sesuatu yang telah bernyawa padanya,
Untuk dia yang ditahan di hospital berminggu minggu,
Untuk dia yang menghidap sakit jantung ketika aku di dalam perutnya..

Untuk dia yang kini kulitnya telah mengering dan mengecut,
Untuk dia yang kini rambutnya hampir putih semuanya,
Untuk dia yang kini masih tetap dengan senyuman yang sama yang diberikan kepadaku seperti 20 tahun lepas,
Untuk dia yang Allah letakkan kedudukan yang tinggi selepas Nya dan Rasul,

I LOVE U MAMA and will always LOVE U.

Selamat Hari Ibu untuk mama tersayang dan semua ibu di dunia ini.

Terima Kasih atas keselesaan di dalam rahim mu selama 9 bulan 10 hari, terimas kasih atas susu mu yang kami minum selama 2 tahun, terima kasih atas lembut tanganmu memanjakan kami, terima kasih atas kata2 mu yang sentiasa menjadi pengubat jiwa di kala kesedihan.

A million words of thank you will never be enough for u mom!
Doakan kami menjadi anak yang soleh dan solehah..

10 comments:

hearttracker said...

wah akk... sama lak entri kita kali ni utk si dia tercinta, hehe. jemput2 la baca entri kita pula tentang si dia ^^

semoga Allah memberkati mereka.
In sya Allah :)

Suhaila said...

syahdunye baca entry ica untuk mama ni..menitis air mata akak huhu

muhammadthoriq said...

terharunye, moge mak akak sihat2 slalu & kuat mcm dulu :D

adikeica said...

hearttracker,
:)

Kak Su,
akak, rindu kat akak!
Selamat Hari Ibu untuk ibu Umar, Uwais and future baby... :)
Ica pasti akak bahagia jadi ibu pada mujahid2 akak tu..Lepas ni mujahidah ye? kui kui kui

thoriq,
hehe..mak akak mmg kuat orangnya..dah 64 tahun dah :)

Dandelion said...

akak akak akak ..sy sngt3 rindu sama akak :< sy rindu saat kita berbasi2 after solat bersama ..ya Allah ..doakan sy kak ...

sy rindu ur blog ^^ nice one !! siyes terasa nak jadi ibu kak eica ..sejuk hati sy nt ...haha

garfieldcool said...

lama tak komen kat blog ni hehehe.

semoga jadi anak yg terbaik utk mama kamu :)

Anonymous said...

saya kagum dengan cara penulisan kamu..menyatakan kasihnya seorang ibu padanya anaknya..penulisan kamu membuatkan saya merasai apa yang kamu rasa..

farah said...

Sayu pulak baca post ni..
hargailah ibu kita sementara beliau masih ada...

adikeica said...

Dandelion,
Timah, akak nak anak mcam awak!
Lagi sejuk jadi mak awak :)

Garfieldcool,
Semoga awak jadi anak yang t'baik untuk mak awak jugak!

farah,
Kak Farah ke ni?
:)

Azreena said...

Amboi..nampaknya Ieca & Timah dah tak sabar nak jadi Ibu. Cepat cari 'Daddy'nye dulu ye ;p
Moga dipermudahkan <3