Untuk Dato' Seri Datin Paduka Nyiang Rapik Shahrizat, good job kerana sibuk nak cungkil rumah anak yatim ni siapa yang buat. Hikmahnya : Pemakluman kepada kerajaan yang baru tahu kewujudan rumah anak yatim.
Baru akhir bulan lepas aku menulis satu cerita pasal tanah runtuh sebab aku masuk pertandingan menulis untuk satu website ni. X sangka hari ni aku baca cerita yang sama berlaku. Tapi doakan aku menang pertandingan tu okeyh. Dapat RM100. Nanti aku belanja korang baca cerita tu secara free kalau menang. Kalau x menang, aku simpan aje cerita tu jadi pekasam. Nota kaki : Aku sorang syok sniri hantar penyertaan berbentuk karya. Orang lain semua hantar gambar. Ha ha ha.
Sekarang aku nak marathon. Hei, ini bukan marathon lari gila bagai panjat pagar rumah orang sebelah. Aku nak marathon duduk depan laptop type laju2 sambil makan laju2. Iklan kejap : Aritu aku menang lawan marathon dapat medal, sijil dan duit. Haha..Ayuh kudaku lari gagah berani. (mintak lempang sebijik dua)
Okeyh, untuk merealisasikan impian
Kenapa engkau cakap begitu Ica? Sebab saya rasa proses pembelajaran dalam hidup ni perlu dilalui dengan rilex, chill, cool dan gembira. Kalau orang marah sebab kita buat silap lepas ni, boleh marah dia balik. Haha. Kesilapan yang saya maksudkan di sini bukan kesilapan besar eh, contohnya, kau tersalah pilih bakal suami ke. ha yang tu x leh nak reverse dik.
Maksud saya x perlu jadi sempurna contohnya dalam hal masak memasak, kemas mengemas, komunikasi etc. Kalau masa anak dara x terer masak, dont worry. Lepas kawin karang, bagilah suami anda makan ikan gorengkerascampakkatdindingdindingpecah, sayurgorengmasin, kari air, sambaltumispedasgilasampaimeramuka. Day by day, anda akan pandai sendiri. Malah mungkin lebih terer dari Chef Wan. Mana tahu. X best la kalau dari mula sampai habis sume yang anda masak menjadi!
Mengemas? X pe, belajar lah jadi orang yang bersepah sikit kadang2 sebab kalau esok2 ada anak kecik, rumah sure jadi kapal karam. Kalau kita ni jenis yang asyik nak bersih, bila ada anak kecik esok kita marah dia plak sebab dia wat sepah. Padahal budak tu dah memang kecik x reti nak mengemas. Kalau kecik2 dah pandai mengemas, aku pon nak beranak tiap2 tahun macam tu.
Kadang2 tengok cerita Korea ni bagus jugak sebab bagi aku dalam cite Korea kebanyakannya watak perempuan dia adalah clumsy. Naik tangga jatuh, turun tangga jatuh. Minum air tumpah. Haha, kadang2 geram jugak. dalam hati aku, heh, apa la pompuan ni sengal sangat buat itu pon x boleh. Tapi ada jugak good message rupanya di sebalik tu. It's OKAY to make MISTAKE.
Dulu aku ada sorang classmate. Aku dengan dia x de lah rapat sangat, tapi one day dia cakap nak tdo dengan aku sebab nak revise subject Sociology sama2. Untuk makluman, geng2 lain ada yang cakap takut nak masuk bilik aku kat asrama sebab aku ni particular sangat pasal kebersihan bilik. (padahal aku x kisah pun sape2 nak masuk CUMA jangan buat sepah kat bilik aku) Katil aku nak tegang 24 jam, meja study mesti kemas, hatta satu helai rambut atas lantai pon aku dah rimas. Member aku ni plak aku x tahu apa dia pikir so i said yes when she asked whether she can sleep wif me or not. Minah ni memang slumber melanyak katil aku malam tu sedangkan aku berhempas pulun study atas meja. Esoknya housemate aku cakap minah ni memang jenis clumsy. Dia pernah tertumpahkan air manis satu gelas atas katil kawan dia. which for me is unacceptable. Haha. okeyh. Sebenarnya bukan perangai dia yang clumsy tu yang x elok, tapi perangai aku yang terlalu fikir tentang kebersihan bilik tu yang SALAH!
Pernah putus cinta pon x menjadikan anda looooser dalam hidup. Jangan la fikir kalau anda dah pernah terjatuh cinta, anda fikir hidup anda sudah tdak berguna lagi. Jatuh bangun dalam perhubungan tu akan mematangkan anda. Tapi cinta sebelum kawin tu haram, jangan caari dalil untuk menghalalkan. Tapi bagi yang dah pernah terlanjur mengandung bercinta dulu, just take it as a normal learning process. Terlanjur bercinta sekarang? Boleh mintak putus! Terlanjur lain? Mintap maap la kat Tuhan ye segera. Masih ada sinar di depanmu jika anda berubah ke arah kebaikan.
p/s : Tapi kalau mengaji Quran x pandai, itu tempah tiket namanya. Mengaji kena pandai.


6 comments:
adehh tergelak2 baca part nk beranak tiap taun tu haha.
kak ieca, suka part bersepah sikit tu.. hahaha
eica,seronok baca blog awk.Jom kawin ngn sy :)
Mr A
garfieldcool,
hehehe..kan best kalau baby kecik2 lagi dah pandai kemas rumah memasak sume? lol
dididididi,
haha didi! Seronok ye! An nazafatu minal iman..kebersihan itu separuh daripada iman
anon,
erk??
kebersihan bilik sy bergantung kpd mood sy, bole jd ok bole jd tak tp slalunye tak. hahaha.
kelakar :D
lama tak singgah sini..busy~
eica kat UK lagi ke?
hope semuanya dipermudahkan :)
Post a Comment