CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 19, 2011

Nekad

Setiap hari pun nekad
Nekad benda yang sama
Tak mahu makan banyak-banyak
Makan hanya bila perlu
Makan mengikut gizi seimbang

Hampeh
Setiap kali nekad
Setiap kali itu juga hancur
Makan tetap banyak-banyak
Makan walaupun tidak perlu
Makan kolestrol, makan lemak,
makan kulit ayam, santan bagai..
Hampeh

Tapi pelik
Walaupun makan banyak-banyak 
Perut masuk angin 
Sampai habis isi perut di muntahkan
Tinggal angin lagi
Sampai tertidur di tepi tangga rumah
Jam 3 pagi
*geleng kepala*

Nasi di pinggan bukan calang-calang
Orang di tepi terbeliak tengok 
Ini perempuan ke lelaki
Atau juga dia fikir ini hantu
(Hantu, mana hantu, ada hantu, mana-mana)

Hari ini
Masih pelik
Kenapa penuh muatan
Tetap perut meragam
Masuk angin
Tinggal angin
Perut angin
Kepala angin
Satu badan hangin
*mahu makan lagi*

Lagu tergelongsor





0 comments: